Lensa Makro

KARYA MIKRO SATU KEPUASAN

FOTOGRAFI makro adalah satu genre fotografi apabila gambar-gambar dihasilkan pada jarak sangat dekat untuk mendapatkan perincian yang tinggi dan tepat pada sesuatu subjek yang bersaiz kecil.

Apabila gambar diambil begitu dekat, ia menjadikan objek kecil menjadi kelihatan besar. Lensa makro dalam fotografi makro adalah lebih tepat dengan lensa makro biasanya memiliki pembesaran 1:1 malah lebih.

Jika tidak mampu untuk mendapatkan lensa makro kerana kos terlalu tinggi, terdapat alternatif lain yang dapat digunakan dalam fotografi makro seperti extension tube, reverse ring atau close up filter.

Kesemua gambar yang dirakamkan hanya menggunakan teknik reverse lens (menterbalikkan lensa) dengan menggunakan reverse ring. Reverse ring adalah alat penyambungan lensa secara terbalik ke kamera (hujung depan lensa ke kamera).

Riverse RingReverse Lens
Menggunakan lensa standard iaitu 50mm atau kit lens 18-55mm yang dipasangkan secara terbalik, kualiti dan detail gambar yang dihasilkan boleh dikatakan sama seperti menggunakan lensa makro kerana dapat merakam sesuatu objek yang kecil dan menghasilkan ketajaman pada gambar yang dirakam.

Selain itu, dengan menggunakan teknik reverse lens ini, kita boleh meminimumkan jarak fokus lensa yang digunakan dan dalam masa yang sama memudahkan untuk megambil gambar dari jarak yang dekat.

Fotografi makro ini menjadi sangat menarik dan unik kerana objek kecil dapat dilihat dengan mata kasar.

Serangga merupakan subjek yang sangat menarik untuk dirakamkan kerana ia mempunyai daya tarikan tersendiri sehingga para peminat fotografi makro gemar menjadikan serangga sebagai subjek rakaman mereka.

Merakam objek seperti ini lebih mencabar berbanding objek lain kerana serangga sentiasa bergerak dan memerlukan kesabaran yang tinggi untk menantikan detik-detik menarik untuk dirakamkan.

Anda digalakkan menggunakan manual focus untuk mendapatkan ketajaman dan kesempurnaan gambar yang diambil selain menentukan komposisi yang tepat.

Sudut rakaman serta dedahan cahaya yang tepat dapat menghasilkan sebuah karya yang unik serta mampu memberikan kepuasan.

~sumber LENSA RENCAM

KARYA MAKRO