KETAHUI TUGASAN ANDA

KETAHUI TUGASAN DI LAPANGAN

BERBICARA tentang tugasan fotografi bukanlah sesuatu yang mudah kerana kita (jurufoto) akan menyampaikan maklumat dalam bentuk visual senyap (silent visual)

Komunikasi visual fotografi dalam medium tertentu antara perakam dan penonton (photographer and viewer).

Oleh sebab itu, kaedah memahami sesuatu tugasan amatlah dititikberatkan sebelum proses pelaksanaannya.

Jika tugasan melibatkan berita semasa atau sesuatu isu contohnya cuaca panas seperti fenomena el nino ketika ini, rakaman bukan sahaja tertumpu pada persekitaran umum, bandar-bandar atau landskap semata-mata malahan kesan terhadap masyarakat juga perlu diambil kira.

Begitu juga dengan tugasan yang melibatkan acara-acara besar dengan kehadiran orang ternama.

BERIKUT KAMI KONGSIKAN TIP SEBAGAI PANDUAN PERSEDIAAN TUGASAN ANDA.

1. FAHAMI TUGASAN
Seorang jurufoto harus memahami tugasan yang diberikan supaya hasil keputusan memuaskan kehendak pelanggan.

2. TEPATI MASA
Masa antara faktor utama kejayaan tugasan anda. Sekiranya anda terlewat sudah tentu anda terlepas momen penting.

3. RANCANG RAKAMAN
Jika anda tahu apa yang ingin dirakamkan anda tidak terburu-buru dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

4. KENAL PASTI PERALATAN
Peralatan yang terlalu membebankan akan menyukarkan pergerakan anda. Maka anda perlu tahu peralatan yang sesuai untuk dibawa.

5. KETAHUI SUBJEK
Kegagalan mengenali subjek rakaman terutamanya jika melibatkan majlis keraian atau kenamaan, anda akan terlepas pandang siapa yang patut didahuukan.

~sumber rujukan LENSA RENCAMlensa-FEB-2-2016-1