Lensa Kreatif

Foto kreatif dalam konteks kewartawanan

MELAHIRKAN sesebuah karya foto yang mempunyai nilai kreatif dalam dunia kewartawanan merupakan satu bentuk visual yang mempunyai makna dan nilai pemberitaan.

Ia memerlukan pemerhatian, memahami isu, pemilihan lensa yang sesuai, teknik fotografi yang betul, pemilihan sudut pandang serta berusaha menghasilkan gambar yang berbeza daripada kebiasaan tetapi dapat memberikan maksud yang mudah difahami oleh khalayak.

Permainan warna serta komposisi juga boleh membuatkan foto kreatif kewartawanan menarik perhatian ramai terhadap sesuatu isu yang hendak diketengahkan.

Pendek kata, foto begini mempunyai keunikan tersendiri kerana hanya sekeping foto boleh memberikan perlbagai maksud yang mudah difahami.

Anda yang meminati foto kreatif boleh menghasilkannya dengan memperbanyakkan latihan dengan lensa anda melalui perbagai sudut pandang yang berbeza.

~ sumber Lensa Rencam

FOTO KREATIF