TIPS FOTOGRAFI SMARTPHONE

 

TIPS FOTOGRAFI SMARTPHONE1. BERSIHKAN LENS
Telefon pintar atau smartphone biasanya tidak mempunyai lens cap seperti kamera/DSLR. Sehubungan itu, sebelum shot, ada baiknya bersihkan lens dengan kain yang bersih. Kalau tidak gambar akan blur disebabkan minyak atau kotoran.

2. ELAKKAN PENGGUNAAN ZOOM DIGITAL
Elakkan guna zoom digital kerana ia akan menjadikan kualiti imej yang dirakam kurang menarik. Jika ingin mendapatkan hasil foto yang lebih dekat dan bagus, lebih baik dekatkan telefon pintar atau smartphone ANDA dengan objek yang akan dirakam atau crop menggunakan photoshop atau mana-mana image editing software.

imagesXH1WPLA43. NO FLASH
Jangan terlalu seronok menggunakan flash pada smartphone ANDA kerana flash pada smartphone sangat tidak boleh diharap malah lebih banyak mencacatkan dari mencantikkan (red eye & muka nampak berminyak).

Melainkan ANDA tahu bagaiman hendak “diffuse” atau “bounce” cahaya dari flash. ANDA disarankan ubah setting kepada night mode tetapi kena berhati-hati sebab night mode berfungsi dengan menurunkan shutter speed dan gambar mudah blur.

Ada banyak sumber cahaya …..lampu, matahari, lampu suluh, lilin. Kalau dah takda pilihan, baru gunakan flash.

download4. GUNAKAN ALAT SOKONGAN
Semasa mengambil gambar, pastikan anda menggunakan alat sokongan atau pegang telefon dengan kukuh bagi mengelakkan gambar menjadi kabur.

Tidak seperti kamera/DSLR, telefon pintar biasanya tidak mempunyai stabilizer kecuali yang high end model. Justeru itu, jangan melakukan sebarang pergerakan ketika mengambil gambar kerana hal ini akan menjejaskan imej yang dihasilkan.

Gambar lebih mudah kabur sebab gegaran terutamanya gambar yang diambil pada waktu malam kerana kelajuan shutter secara automatik akan dikurangkan untuk membolehkan banyak cahaya masuk supaya gambar tidak underexpose.

camera-mode5. SETTING ATAU MODE
Telefon pintar atau smartphone biasanya dihadirkan bersama pelbagai aplikasi kamera yang penuh dengan fungsi menarik.

Sesetengah model membolehkan anda mengawal fungsi tertentu secara manual seperti white balance dan exposure.

Cuba mahirkan diri anda dengan semua fungsi setting atau ‘mode’ tersebut kerana ia kan membantu anda sewaktu anda memerlukan.

6. SEGALANYA KOMPOSISI
Komposisi masih lagi penting walau canggih mana pun smartphone yang ANDA gunakan. Cara terbaik untuk mahir komposisi ialah dengan meniru dengan melihat contoh-contoh yang ada di internet.

7. JANGAN EDIT KETERLALUAN
Sangat mudah hendak edit gambar dengan smartphone. Dengan pelbagai aplikasi khas untuk tujuan mengedit, pastikan anda menggunakannya dengan betul.
Anda tidak digalakkan mengedit gambar dengan keterlaluan kerana perkara ini boleh menjejaskan nilai sesebuah gambar.

8. KONGSI & KRITIK
Kalau ANDA serius dalam fotografi, kongsi gambar yang terbaik sahaja. Ingat, mereka yang hebat dalam fotografi pun tak semua gambar yang diambik cantik, ada jugak yang tak menjadi, tapi diorang tak tunjuk kat siapa-siapa. Diorang hanya tunjuk yang terbaik sahaja.

Nak share kat mana? Cari platform yang popular seperti Instagram, Flickr atau 500px. Follow mereka yang korang rasa memang layak dipanggil photographer dan mintak komen. Dari situ boleh belajar banyak dan Insya-Allah boleh improve lagi.

*****
nokia-lumina-928-camera-m

NOTA
TIDAK mustahil gambar dari smartphone boleh setanding dengan yang diambil dengan DSLR jika betul caranya.